Islamic Widget

Sunday, June 2, 2013

Air Mata Bersulam Cinta

Kadang kala..
Aku termenung keseorangan..
Tiba-tiba..
Hadirnya rasa hiba dihati..
Aku tidak tahu mengapakah ia hadir..
Lantas air mataku mengalir..

Lantas bibirku berzikir mengingati Al-khaliq..
Allah sungguh aneh makhluk yang dinamakan perasaan..
Ianya hadir tanpa diduga..
Ianya hadir tanpa mengira masa..
Ianya hadir tidak kira tempat..
Terkadang..
Terlintas beberapa persoalan dihatiku..

Allah..
Adakah aku layak untuk menjadi hambaMu?
Adakah Engkau sedang pandang aku ya Allah?
Adakah aku layak untuk menjadi umat nabimu, nabi Muhammad S.A.W.?
Adakah aku layak untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini ya Allah?
Diri ini sering melakukan dosa...
Hinanya diriku ini ya Allah...










Sunday, November 27, 2011

BESARNYA NERAKA JAHANAM



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi s.a.w. bersabda:

 "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:

1.       "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

2.      Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim

3.       Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
4.       Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha
5.       Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah dan
6.      Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
7.       Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."



Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
10. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah
11. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat


 Dan memintalah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 
(al-nisa':106) 

Allah menjelaskan bahawa barangsiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan hal2 yang membuatkan Allah marah, maka tidak ada jalan lain baginya kecuali memohon ampunan kepada Allah dengan taubat nasuha. 

Hassan al- Basri berkata: 

Perbanyak istighfar di rumahmu, dimajlismu, di pasarmu dan dijalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun. 




Wednesday, August 31, 2011

Menanti Janji Tuhan Yang Pasti Berlaku !






Jika kita perhatikan, Banyak hadis-hadis dan juga ayat-ayat Al-Quran yang mengisyaratkan kemenangan Islam yang akan berlaku sebelum berakhirnya dunia ini. Sekalipun tidak diketahui bilakah secara tepatnya ia akan berlaku. Namun sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian yang berlaku menunjukkan bahawa masa itu semakin hampir dan dekat. Tetapi yang pastinya sebelum berlakunya kiamat, pasti islam akan berada di takhta kuasa sekali lagi untuk menyebarkan keadilan keseluruh dunia. Di antara nas-nas yang mengisyaratkan perkara tersebut ialah :

1. Firman Allah S.W.T :
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amalan yang soleh bahawa dia(Allah) pasti akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi, sebagaimana
dia(Allah) telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan pasti dia(Allah) akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka"                            
                                                                                         (Surah An-nuur, ayat 55)

2. Sabda Rasulullah S.A.W :


"Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah Nabi Isa turun (ke bumi) menjadi seorang hakim yang bijaksana dan pemimpin yang adil, menghancurkan salib, membunuh khinzir, mewajibkan jizyah, harta melimpah-ruah hingga tiada seorang pun yang menerimanya". 
                                                                     (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


   Banyak lagi hadis-hadis lain yang menceritakan berkenaan janji Allah S.W.T bahawa islam akan kembali tegak di akhir zaman nanti. Ini bukannya satu retorik atau angan-angan kosong, realitinya boleh dilihat pada hari ini di mana sahaja. Minat masyarakat dunia ini terhadap islam semakin meningkat terutamanya setelah berlakunya serangan 11 September 2001, iaitu satu dekad yang lampau.


   Di sebalik label islam yang dikaitkan dengan keganasan, masyarakat Barat mula berjinak-jinak untuk mendalami islam yang sebenar. Antara respon pertamanya dapat dilihat pada akhbar Inggeris The Gurdian bertarikh 2 September 2002 melaporkan bahawa kebanyakan kedai menjual buku islam dan kursus perbandingan agama di universiti dikerumuni oleh orang baru yang non-Muslim untuk mempelajari prinsip-prinsip islam dan sejarah nabi-nabi terdahulu. Kadar penjualan Al-Quran terjemahan berbahasa Inggeris dalam masa 3 bulan setelah kejadian 11 September 2001 meningkat naik dengan mendadak. Manakala program-program dakwah mula disambut baik untuk memahami apa itu islam yang sebenar.


   Kini, kebangkitan Islam makin timbul apabila terjadinya isu kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang semakin hebat berlaku, masyarakat dunia kini sudah sedar bahawa Islam bukanlah punca terjadinya kehancuran dunia sekarang ini malah Islam kini di fitnah untuk mengkaburi mata masyarakat dunia yang masih jahil. Di samping itu, kebangkitan rakyat islam di Timur Tengah menjatuhkan para pemimpin yang zalim menunjukkan bahawa Islam kini sudah menunjukkan langkah-langkah awal kemenangan Islam yang dijanji oleh Allah. Tidak kurang juga di Malaysia itu sendiri, tidak seperti dulu-dulu, majlis-majlis ilmu sekarang ini disambut dengan amat baik terutama dalam pengajian bersama Ustaz Azhar Idrus.


   Hakikatnya, semakin kuat Islam ditekan, semakin ia meningkat naik. Semakin kuat diasak, semakin ia diterima masyarakat. Lihat sahajalah sunnah dakwah Rasulullah S.A.W di Mekah, apakah lagi tekanan yang tidak dikenakan terhadap baginda? Semuanya telah dilalui. Namun Allah S.W.T tetap mentakdirkan Islam tersebar ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Betapa hebatnya penyesalan yang akan dirasai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sekiranya mereka masih hidup dan menyaksikan kejayaan dakwah Rasulullah S.A.W hari ini.


   Namun, kemenangan islam tidak hadir dengan mudah dan percuma. Ia bukannya hadir dengan kata-kata dan ketukan keyboard atau semudah menekan butang share dan like di Facebook sahaja. Ia datang dengan bayaran mahal dari pejuang-pejuangnya.


   Andainya kemenangan itu semudah kata-kata, nescaya Islam ini akan dituruti oleh sebahagian besar manusia di dunia. Namun itulah dia sunnah Allah,kemenangan memerlukan kepada bayaran yang mahal. Bahkan Tuhan yang telah mentaklifkan perjuangan ini menyatakan :


"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana(tidak begitu jauh), nescaya mereka(orang munafik) akan mengikutmu sedangkan tempat yang hendak dituju itu amat jauh bagi mereka."
                                                                                               Surah At-Taubah, ayat 42


   Justeru, perjuangan ini telah digazetkan oleh Allah S.W.T dengan rintangan-rintangan yang tersendiri. Ia tidak dijanjikan dengan hamparan permaidani merah kerana ia tegak di atas tulang-tulang para ulama' dan mujahid yang telah teerlebih dahulu berkorban nyawa. Apa yang pasti, natijah akhirnya pasti akan memberikan kemenangan kepada Islam dan para pendokongnya.


   Akhir kalam, apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Yaman dan selainnya hanyalah takbiratul ihram sahaja, ia hanya permulaan. InsyaAllah, sekarang ini rukuk dan sujud di seluruh Tanah Arab. Salamnya ?, insyaAllah di Baitul Maqdis nanti. Bertemu di sana nanti duhai saudara-saudaraku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...