Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Tidak ada seorang pun tahu bilakah harinya. Ianya hadir menjemput kita dengan penuh misteri. Setiap insan perlu bersiap sedia untuk menghadapinya dan husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mengecapinya patuhilah segala perintah Allah SWT dan jauhilah segala laranganNYA.
Alam kubur adalah alam yang mengerikan dan membuatkan penghuninya tidak sabar menanti hari pembalasan. Azab atau nikmat yang dirasai di dalamnya adalah permulaan pembalasan dari Allah SWT Pemilik alam semestar. Bimbingan dan pedoman perlulah dicari gali kerana hiruk-piruk dunia membuatkan kita lalai. Iman yang selalunya pasang surut perlu dipupuk terutamanya ketika ketakwaan kepadaNYA mulai hanyut dibuai mainan duniawi.
Kematian adalah suatu yang pasti dan merupakan perkara yang besar. Ia adalah piala bergilir bagi setiap orang yang menetap di suatu tempat ataupun pengembara. Dengannya seorang hamba keluar dari dunia menuju syurga atau neraka. Apakah yang menanti kita itu merupakan taman dan sungai yang mengalir dalam tempat yang dijanjikan Allah atau kesesatan serta api yang bergelojak??
“semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka (serta dikatakan kepada mereka): “Rasalah kamu bakaran api neraka” (Al-Qamar:48)
Maka persiapkanlah diri kita dengan bekalan untuk kematian yang menjadi gerbang menuju negeri akhirat.Sesungguhnya mengingati kematian itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Menjeritlah orang yang berada dalam igauan kubur penuh pengharapan.
Tetapi kubur mana yang dapat mengembalikan janji.
Ringankan kesalahan. Aku tidak menyangka bumi akan abadi kecuali jasad ini.
Berapa banyak liang kubur yang berulang kali kubur (bagi beberapa mayat).
Penuh binatang tanah yang terbahak-bahak.
Mayat dikubur diatas tompokan mayat lainnya. Yang telah dikuburkan pada masa yang lalu.
Kehidupan ini seluruhnya memenatkan. Dan aku tidak hairan. Kecuali kepada orang yang selalu ingin menambah bekalan.
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia...semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment